Ahad, 25 Oktober 2009

Rahsia kewajiban berwudhu



Adakah anda tahu mengapa Allah mewajibkan berwudhu sebelum bersolat,sama2lah kita renung2kan rahsianya dari segi syariat dan hakikatnya...
yesyesyes

Wudhu' tidak hanya sekadar membersihkan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani yang dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya selalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-
"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya.

Sekiranya kita dapat memahami apa yang Allah kehendaki di dalam wudhu, maka perjalanan wudhu lebih lancar tanpa was-was dan semoga Allah menerima wudhu kita dan perjalanan solat lebih khusyuk dan tawadhu.

1. Berkumur
Dari segi syariat berkumur untuk membuang sisa makanan agar tidak terjadi perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat. Walaupun secebis sisa makanan.
Dari segi hakikat berkumur untuk membersihkan kekejian mulut kerana berkata sesuatu yang dibenci walaupun tidak disengajakan.(mengumpat le tu)

2. Membasuh muka
Dari segi syariat membasuh muka untuk menghilang kekotoran pada muka, debu-debu yang mengandungi kuman yang membawa penyakit agar tidak meresap pada kulit muka. Dalam erti kata lain kebersihan untuk mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang bersih.
Dari segi hakikat membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan yang mendatangkan malu pada agama islam dan Allah. Ibarat menconteng arang dimuka.(Rahsia awet muda)

3. Membasuh tangan
Dari segi syariat membasuh tangan untuk menghilangkan daki atau debu atau apa saja kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit. Dalam erti kata lain kebersihan yang Allah sukai.
Dari segi hakikat membasuh tangan untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri, menggunakan tangan pada jalan yang tidak diredhai Allah.

4. Menyapu kepala
Dari segi hakikat menyapu kepala agar kepala terasa sejuk dan selesa untuk memudahkan daya pemikiran berfikir dengan waras dan selesa secara tidak langsung mengurangkan tekanan.
Dari segi hakikat meyapu kepala bagi menyucikan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan menguatkan akal fikiran agar sentiasa mengingati Allah bukan sahaja di dalam solat malah sepanjang hidup selagi hayat di kandung badan.

5. Membasuh telinga
Dari segi syariat membasuh telinga untuk membuang kotoran pada telinga dalam erti kata lain menjaga kebersihan. Secara tidak langsung kebersihan diri menunjukan kebersihan agama islam.
Dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah serta umpatan walaupun tidak disengajakan. Selain itu membersihkan telinga dari dosa mendengar sesuatu yang melalaikan dari mengingati Allah.

6. Membasuh kaki
Dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat ibadah yang suci.
Dari segi hakikat membasuh kaki bagi membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang Allah tidak redhai.
Berwudhu tanda kesucian diri zahir dan batin.

Apabila kita faham apa yang Allah inginkan, maka semuanya akan berjalan lancar dan makbul. Insyallah.

WALLAHU A'LAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan